......

Thursday, 4 July 2013

kesah tanggang dengan 'sleeping beauty'

  kisahnya bermula begini..........
  pada suatu masa dahulu pak mail dan mak munah begitu kepingin untuk menimang cahaya mata. mereka senantiasa berdoa pada tuhan supaya dikurniakan cahaya mata. 'ya tuhanku aku mohon kepadamu dengan segala kudrat yang ada , kurniakanlah kami cahaya mata supaya menjadi pewaris yang soleh atau solehah untuk sentiasa menjaga dan mendoakan kami di dunia mahupun akhirat, kabulkanlah permintaan kami, ya tuhan kami'. rintih pak mail setiap kali mengimamkan isterinya lima waktu sehari semalam.
 
  'tanggang, oh tanggang. jangan main di situ nak ,bahaya.' jerit mak munah kepada intan permatanya yang telah dikurniakan oleh tuhan sejak dua tahun yang lepas.'baik mak.' jawab si cilik tanggang yang memang seorang anak yang patuh akan kedua ibu bapanya.'mak ..ayah dah balik.yea, yea ayah balik,ayah balik'. jerit si tanggang lantas berlari mendapatkan ayahnya. pupp! tanggang yang sedang asyik berlari tidak menyedari kehadiran batu di hadapannya lalu dia tersungkur selepas tersepak batu tersebut.

  'aduh!' tanggang mencemuh batu tersebut. pak mail yang sedari tadi melihat gelagat tanggang menggeleng geli hati. 'tanggang, tanggang cuba bertenang  dan sabar.jangan tergopoh-gapah, ha inilah akibatnya.'pesan pak mail kepada terunanya. 'haha, tidak pak, tanggang cuma bermain sahaja dengan batu ini.' senda tanggang.


ikutilah sambungannya len hari plak ye.......bubye..!!! :D

No comments:

Post a Comment